SAHABAT EJEN

Notis Privasi & Perlindungan Data Peribadi

Tarikh Kemaskini: 5 Oktober 2026

Muat Turun Notis Privasi (PDF)

1. Pengenalan

Sahabat Ejen menghormati privasi anda dan komited untuk mengendalikan maklumat peribadi anda secara bertanggungjawab, telus dan beretika.

Notis Privasi ini menerangkan bagaimana kami mengumpul, menggunakan, menyimpan, melindungi dan, jika perlu, berkongsi maklumat peribadi anda apabila anda berinteraksi dengan kami melalui laman web www.sahabatejen.com, borang pendaftaran, borang kaji selidik, program, booth, WhatsApp atau mana-mana saluran komunikasi rasmi Sahabat Ejen.

Dengan memberikan maklumat peribadi kepada kami, anda boleh mengetahui bagaimana maklumat tersebut akan dikendalikan dan tujuan ia digunakan.

2. Siapa Yang Menguruskan Data Anda?

Bagi tujuan platform Sahabat Ejen, maklumat yang anda berikan akan diuruskan oleh:

Sahabat Ejen yang berdaftar
Laman web: www.sahabatejen.com
Pengendali / Pengasas: Fikri Ibrahim
E-mel: sahabatejen@gmail.com
Telefon / WhatsApp: 0129495515

3. Apakah Maklumat Yang Kami Kumpul?

Bergantung kepada bentuk interaksi anda dengan Sahabat Ejen, kami mungkin mengumpul maklumat seperti:

3.1 Maklumat Asas

  1. Nama
  2. Umur / tarikh lahir
  3. Jantina
  4. Status perkahwinan
  5. Pekerjaan

3.2 Maklumat Hubungan

  1. Nombor telefon
  2. Alamat
  3. Alamat e-mel
  4. Maklumat hubungan lain yang anda berikan secara sukarela

3.3 Maklumat Berkaitan Perlindungan Kewangan

  1. Maklumat perlindungan takaful sedia ada
  2. Komitmen atau liabiliti kewangan
  3. Maklumat aset
  4. Keperluan perlindungan keluarga
  5. Maklumat berkaitan perancangan kewangan dan warisan

3.4 Maklumat Kesihatan

Sekiranya relevan kepada perbincangan berkaitan perlindungan takaful atau penilaian keperluan perlindungan, anda mungkin memilih untuk berkongsi maklumat berkaitan kesihatan atau sejarah perubatan.

Maklumat tersebut hanya akan diminta apabila ia berkaitan dengan tujuan perbincangan atau perkhidmatan yang anda minta dan tidak sepatutnya diberikan sekiranya tidak diperlukan.

4. Mengapa Kami Memerlukan Maklumat Anda?

Maklumat anda dikumpulkan untuk tujuan yang munasabah dan berkaitan dengan interaksi anda bersama Sahabat Ejen, termasuk:

  1. Membina pengkalan data maklumat-maklumat asas sebagai keahlian Sahabat Ejen
  2. Memahami keperluan risiko dan nilai perlindungan anda
  3. Memberikan penerangan atau panduan berkaitan Pengurusan Risiko Kewangan anda dan perkhidmatan takaful
  4. Membantu anda memahami terma & syarat dalam kontrak sijil atau perlindungan takaful sedia ada
  5. Membantu anda mengenal pasti keperluan perlindungan yang mungkin belum dipenuhi
  6. Membantu memperjelaskan komunikasi berkaitan maklumbalas atau perkhidmatan anda dengan operator takaful berkaitan
  7. Membantu melicinkan urusan berkaitan tuntutan atau pertanyaan dengan pihak yang berkaitan apabila anda meminta bantuan atau pandangan tersebut
  8. Membantu merekod dan membuat semakan maklumat asas (yang dipersetujui) yang diperlukan bagi tujuan pengurusan berkaitan perkhidmatan takaful seperti tuntutan dan seumpamanya.
  9. Berhubung dengan anda bagi tujuan mengemaskini maklumat dan isu semasa dalam industri kewangan dan perlindungan takaful, program-program berkaitan industri takaful, Pendidikan, kesedaran atau tawaran yang mungkin berkaitan dengan keperluan anda tertakluk atas kebenaran dan persetujuan anda dari masa ke masa

5. Data Anda Bukan Komoditi Kami

  1. Sahabat Ejen tidak menjadikan maklumat peribadi anda sebagai produk untuk dijual kepada pihak lain.
  2. Kami tidak mengumpul maklumat anda dengan tujuan untuk menjual senarai nama, nombor telefon atau maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga.
  3. Sekiranya maklumat anda perlu dikongsi dengan pihak lain, ia hendaklah dilakukan berdasarkan tujuan yang dibenarkan, keperluan perkhidmatan, kewajipan undang-undang atau persetujuan yang berkaitan, tertakluk kepada undang-undang dan keadaan yang berkenaan.

6. Adakah Saya Wajib Memberikan Semua Maklumat?

  1. Anda tidak wajib memberikan semua maklumat. Pendedahan maklumat adalah bersifat sukarela dan atas persetujuan bersama terutama bagi pendaftaran Keahlian Eksklusif Sahabat Ejen.
  2. Anda tidak perlu memberikan maklumat kesihatan, kewangan atau maklumat sensitif lain semata-mata untuk menjadi Sahabat Ejen biasa sekiranya maklumat tersebut tidak diperlukan untuk tujuan yang anda pilih.
  3. Anda mempunyai pilihan mengenai maklumat yang ingin anda berikan, kecuali maklumat tertentu yang diperlukan untuk tujuan khusus (atas permintaan atau permohonan anda) atau yang diwajibkan oleh undang-undang.
  4. Jika anda tidak memberikan maklumat tertentu, terdapat kemungkinan kami tidak dapat memberikan sesetengah perkhidmatan, panduan atau bantuan yang anda minta.

7. Siapa Yang Boleh Mempunyai Akses Kepada Data Anda?

  1. Akses kepada maklumat anda hendaklah dihadkan kepada pihak yang mempunyai keperluan yang munasabah untuk mengendalikan maklumat tersebut bagi tujuan yang dinyatakan.
  2. Dalam keadaan tertentu, maklumat anda mungkin perlu dikongsi dengan:
    1. Pihak yang membantu menyediakan perkhidmatan yang anda minta.
    2. Penyedia perkhidmatan teknologi atau sistem yang membantu pengurusan laman web atau data.
    3. Pihak pengendali takaful yang berkaitan apabila anda meminta atau memerlukan perkhidmatan tersebut.
    4. Pihak profesional atau penyedia perkhidmatan yang berkaitan, jika diperlukan.
    5. Pihak berkuasa atau badan kerajaan apabila diwajibkan oleh undang-undang.
    6. Pihak ketiga yang anda namakan sebagai Penama atau waris.
  3. Kami tidak akan menjadikan maklumat peribadi anda sebagai senarai untuk dijual kepada pihak lain.

8. Bagaimana Kami Melindungi Data Anda?

Kami akan mengambil langkah yang munasabah untuk melindungi maklumat peribadi anda daripada kehilangan, penyalahgunaan, akses tanpa kebenaran, pengubahsuaian tanpa kebenaran, pendedahan tanpa kebenaran dan pemusnahan yang tidak sepatutnya. Walau bagaimanapun, tiada sistem penyimpanan atau penghantaran data melalui internet yang boleh dijamin 100% bebas daripada risiko.

9. Berapa Lama Data Anda Disimpan?

  1. Kami akan menyimpan maklumat peribadi anda hanya selama yang munasabah diperlukan bagi tujuan ia dikumpulkan, untuk memenuhi keperluan perkhidmatan, rekod, undang-undang atau keperluan operasi yang berkaitan.
  2. Apabila maklumat tersebut tidak lagi diperlukan, kami akan mengambil langkah yang munasabah untuk memadam, memusnahkan atau menjadikannya tidak lagi boleh dikenal pasti, tertakluk kepada sebarang kewajipan penyimpanan yang berkenaan.

10. Hak Anda Terhadap Data Peribadi Anda

Tertakluk kepada undang-undang dan keadaan yang berkenaan, anda boleh mempunyai hak untuk:

  1. Mengetahui sama ada kami menyimpan atau memproses data peribadi anda.
  2. Meminta akses kepada data peribadi anda.
  3. Meminta pembetulan terhadap maklumat yang tidak tepat atau tidak lengkap.
  4. Menarik balik persetujuan bagi pemprosesan tertentu apabila berkenaan.
  5. Membuat pertanyaan mengenai cara data anda digunakan.
  6. Membuat aduan sekiranya anda mempunyai kebimbangan berkaitan pengendalian data anda.

Untuk sebarang permintaan berkaitan data peribadi anda, sila hubungi:

Kami akan berusaha memberikan maklum balas dalam tempoh yang munasabah dan tertakluk kepada keperluan undang-undang.

11. Penggunaan Data Untuk Komunikasi

Sekiranya anda bersetuju untuk menerima komunikasi daripada Sahabat Ejen, kami mungkin menghubungi anda melalui telefon, WhatsApp, e-mel atau saluran komunikasi lain yang sesuai.

Komunikasi tersebut mungkin berkaitan dengan:

  • Pendidikan dan kesedaran kepentingan takaful.
  • Maklumat perlindungan takaful keluarga.
  • Perancangan kewangan dan Risiko kewangan.
  • Program dan kemaskini Sahabat Ejen.
  • Maklumat perkhidmatan dan sokongan.
  • Aktiviti atau acara yang berkaitan.
  • Isu semasa berkaitan industri takaful dan kewangan

Anda boleh meminta supaya komunikasi tertentu dihentikan apabila berkenaan.

12. Pautan Ke Laman Web Pihak Ketiga

  1. Laman web Sahabat Ejen mungkin mengandungi pautan ke laman web atau platform pihak ketiga.
  2. Kami tidak bertanggungjawab terhadap amalan privasi, kandungan atau pengendalian data oleh laman web pihak ketiga tersebut.
  3. Kami menggalakkan anda membaca notis privasi setiap laman web sebelum memberikan maklumat peribadi anda.

13. Perubahan Kepada Notis Privasi

  1. Kami mungkin mengemaskini Notis Privasi ini dari semasa ke semasa bagi mencerminkan perubahan kepada operasi, perkhidmatan, teknologi atau keperluan undang-undang.
  2. Sebarang versi terkini akan dipaparkan di laman web: www.sahabatejen.com

14. Hubungi Kami

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, permintaan atau kebimbangan mengenai privasi dan data peribadi anda, sila hubungi:

SAHABAT EJEN
Pengendali: Fikri Ibrahim
Website: www.sahabatejen.com
E-mel: sahabatejen@gmail.com
Telefon / WhatsApp: 0129495515

Kami menghargai kepercayaan anda dan berusaha untuk mengendalikan maklumat peribadi anda dengan penuh tanggungjawab.

Komitmen Kami

Data anda bukan komoditi kami.

Kami tidak mahu sekadar mengumpul maklumat anda. Kami mahu anda tahu mengapa ia perlu bagi kesediaan membantu anda, bagaimana ia digunakan dan bagaimana ia memberi hasil yang berkesan. Kerana bagi Sahabat Ejen, membina hubungan untuk memudahkan urusan masa depan bermula dengan sebuah kepercayaan.

Ask Sahabat Ejen