Hubungan Sebelum Keperluan
Berkenalan dan membina saluran komunikasi lebih awal.
TENTANG SAHABAT EJEN
Ramai orang hanya mula mencari bantuan apabila mereka sudah memerlukannya. Namun pada waktu tersebut masa menjadi suntuk dan risiko untuk berlakunya kesilapan menjadi tinggi.
MENGAPA KAMI BERMULA
Sepanjang hampir dua dekad sebagai ejen takaful sepenuh masa, Fikri Ibrahim melihat pelbagai situasi yang menjejaskan keyakinan masyarakat terhadap industri insurans dan takaful — khususnya semasa tuntutan, penghospitalan, permohonan Guarantee Letter (GL) dan semakan terma perlindungan.
Ada isu yang bermasalah bukan semata-mata berpunca daripada pelan yang dimiliki, tetapi juga daripada dokumen yang tidak lengkap, maklumat yang kurang tepat, komunikasi yang tidak berkesan atau salah faham terhadap kontrak.
Maka sebab itulah kami percaya hubungan dan pendidikan perlu bermula lebih awal. Anda tidak semestinya pelanggan takaful kami. Anda tidak perlu menunggu sakit atau menunggu tuntutan berlaku untuk mula bertanya.
Perlindungan bukan sekadar memiliki sijil. Ia juga tentang memahami hak, mengetahui proses dan mempunyai seseorang yang boleh dirujuk apabila diperlukan.
PENDEKATAN KAMI
Kami mahu membina hubungan berteraskan ilmu dan kepercayaan sebelum keperluan berlaku.
Berkenalan dan membina saluran komunikasi lebih awal.
Fahami istilah, terma dan proses tanpa tekanan membeli.
Periksa apa yang dinyatakan, bukan sekadar apa yang dijanjikan.
PENGASAS SAHABAT EJEN
Fikri Ibrahim
Pengasas Sahabat Ejen
Daripada dunia sains dan penyelidikan kepada keusahawanan dan takaful, Fikri Ibrahim meninggalkan kerjaya sebagai Pegawai Kerajaan di Universiti Sains Malaysia pada tahun 2007 untuk membina kerjaya dalam bidang ini.
Hampir dua dekad pengalaman membawa beliau daripada membangunkan pasukan kecil, mengembangkan agensi, menyantuni pelanggan dan menguruskan urusan tuntutan hingga membantu masyarakat memahami hak dan tanggungjawab mereka sebagai peserta.
Sahabat Ejen lahir daripada keinginan untuk merapatkan hubungan masyarakat dengan maklumat yang lebih telus, mudah difahami dan praktikal, di samping membina sistem rekod maklumat penting untuk rujukan ketika diperlukan.
“Saya tidak mahu hanya menjadi ejen yang anda sekadar kenal. Saya mahu menjadi seseorang yang anda tahu untuk dihubungi apabila anda perlukan bantuan.”Kenali Fikri Ibrahim
KENAL SEBELUM PERLU
Anda boleh mula dengan melihat pasukan kami atau bertanya apa sahaja yang masih belum jelas.